Skip to main content
Resepi kek coklat moist sedap nak mampoih!!
KEK COKLAT MOIST SEDAP NAK MAMPOIH!!
Resepi kek ni memang menjadi dan moist. setiap hari rasa nak makan dan memang menjadi. sedap sungguh dengan rasa coklat yang padu dan mewah. kalau rasa nak makan kek coklat guna saja resepi mudah ringkas murah dan padu ni. hahahaha
Bahan A
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
4 biji telur ayam
1 sudu esen vanila
Bahan C
1 1/2 cawan tepung naik sendiri(boleh ganti dengan tepung gandum yg diayak dengan 1 sudu teh baking powder)
1 sudu teh baking soda
1 cawan serbuk coklat
Cara membuatnya:-
1) masukkan bahan A kedalam periuk kecil dan masakkan di atas api yg kecil sehingga larut. ketepikan sehingga sejuk.
2) sambil menunggu bahan A larut boleh sediakan bahan B dan C.
3) masukkan semua bahan B dan gaul rata.
4) untuk bahan C, pukul kesemua telur dengan esen vanilla sehingga cair.
5) setelah bahan B sejuk, campurkan dengan bahan C. kacau sehingga sebati.
6) masukkan campuran bahan A dan C kedalam bahan B dan gaul rata.
7) sapukan loyang dengan shortening ataupun mentega dan masukkan adunan tadi dengan cermat.
8) kukus sehingga 1 jam.
Senang saja resepi ni. Resepi ni akan digunakan sebagai rujukan di masa depan. sedap oooooo!
Lagi sedap kalau letak topping coklat ganache or cream cheese. memang terangkat!
Comments